Hazira Ahmad Zaidi


MASJID, surau dan musolla di seluruh Kelantan kekal ditutup sementara kepada awam untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu dan tarawih.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penutupan sementara itu bermula semalam sehingga satu kenyataan rasmi baharu yang akan dikeluarkan nanti.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, hanya pegawai masjid sahaja dibenarkan hadir untuk melaungkan azan, solat fardu lima waktu, dan solat sunat tarawih secara berjemaah.

"Bagaimanapun, pegawai masjid yang hadir hendaklah melepasi saringan pemeriksaan kesihatan di pejabat kesihatan daerah terdekat.

"Bagi pegawai masjid yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema tidak dibenarkan hadir," katanya dalam satu kenyataan, di Kota Bharu, hari ini.

Solat jemaah di masjid belum dibenarkan di Kelantan.
Solat jemaah di masjid belum dibenarkan di Kelantan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 6:38 PM