PENDUDUK Zon B membuat saringan Covid-19 di SJKC Chen Moh di bawah PKPD di Old Town, Petaling Jaya. FOTO Mohd Yusni Ariffin
PENDUDUK Zon B membuat saringan Covid-19 di SJKC Chen Moh di bawah PKPD di Old Town, Petaling Jaya. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Raja Noraina Raja Rahim

PENDUDUK di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, mula menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 3 petang tadi.

Sebelum itu, beberapa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap dengan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) membuat persiapan di pusat saringan seawal jam 1 tengah hari.

Tiga pusat saringan dibuka di tiga zon PKPD berkenaan iaitu Zon A di medan selera manakala Zon B di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chen Moh dan Zon C bersebelahan terminal bas.

Difahamkan, terdapat kira-kira 2,600 penduduk termasuk warga asing akan menjalani saringan itu yang dijangka mengambil masa selama lima hari.

Tinjauan mendapati, puluhan penduduk dilihat keluar rumah ke pusat saringan untuk menjalani ujian secara berperingkat.

Kawasan Petaling Jaya berhampiran Pasar Jalan Othman berkenaan adalah lokasi baharu dikenakan PKPD berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 23 Mei.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 4:28 PM