MOHD Zatullah (kiri) menyerahkan bungkusan mengandungi bubur lambuk kepada penduduk sekitar. FOTO Mohd Amin Jalil
MOHD Zatullah (kiri) menyerahkan bungkusan mengandungi bubur lambuk kepada penduduk sekitar. FOTO Mohd Amin Jalil
Mohd Amin Jalil

"SELALUNYA orang ramai menghulurkan pelbagai sumbangan kepada kami untuk keperluan anak yatim, jadi apa salahnya kali ini kami memberikan sesuatu kepada mereka," kata pengasas Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina (PUJAYWA), Mohd Zatullah Kamarudin.

Mohd Zatullah berkata, mengambil keberkatan Ramadan, beliau bersama empat kakitangan pusat itu bergotong-royong memasak bubur lambuk PUJAYWA di di Taman Satria, Senawang, Seremban.

Beliau berkata, program kali pertama diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan dengan penduduk sekitar yang sekian lama memberikan kerjasama serta sokongan kepada pusat itu untuk kepentingan anak yatim.

"Aktiviti memasak bubur bermula 10 pagi dan selesai empat jam kemudian sebelum 400 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar termasuk ahli kariah masjid dan surau berhampiran.

"Alhamdulillah, semuanya dapat diagihkan dan ramai yang tampil mengambil bubur lambuk ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 8:30 PM