PETUGAS kesihatan melakukan pengesanan aktif kontak rapat kepada kes positif Covid-19 di Tabuan Lot. FOTO Bernama
PETUGAS kesihatan melakukan pengesanan aktif kontak rapat kepada kes positif Covid-19 di Tabuan Lot. FOTO Bernama
BERNAMA

KAMPUNG Tabuan Lot menjadi lokasi kedua pengesanan secara aktif kes penyakit COVID-19 di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, operasi yang bermula pada 8.30 pagi hingga 5 petang ini secara bersepadu itu melibatkan pengesanan kes aktif kontak rapat kepada kes positif dan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas lebih 2,100 penduduk melibatkan 423 kediaman.

"Di kampung ini terdapat seorang mangsa yang telah meninggal dunia dan satu kes yang kita tidak dapat mengaitkannya dengan sebarang kluster yang ada. Jadi, program ini dilaksanakan kerana pembawa (Covid-19) ini mungkin tidak menyedari telah menyebarkan virus itu kepada keluarga, jiran dan komuniti," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat kampung berkenaan di sini hari ini, beliau berkata, 171 petugas daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam operasi pengesanan kes aktif itu.

PETUGAS kesihatan melakukan pengambilan sampel terhadap penduduk setempat pada pengesanan aktif kontak rapat kepada kes positif Covid-19 di Dewan Serbaguna Datuk Dr Wan Junaidi yang dijadikan Pusat Saringan Covid-19 di Tabuan Lot. FOTO Bernama

JPBN berpendapat, pengesanan awal kes Covid-19 ini amat berguna kerana dapat mengesan kes positif COVID-19 dengan pantas disebabkan wujud kalangan pesakit wabak ini tidak mempunyai sebarang simptom, katanya.

Sebelum ini, aktiviti pengesanan aktif kes Covid-19 dilakukan di Kota Samarahan iaitu di Taman Desa Ilmu dan Taman Unigarden.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 12:02 PM