PEMILIK Restoran Pucuk Kemangi, Nora Hazlina (kiri) bersama pekerjanya mula menyusun dan membersihkan kerusi meja hari ini. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PEMILIK Restoran Pucuk Kemangi, Nora Hazlina (kiri) bersama pekerjanya mula menyusun dan membersihkan kerusi meja hari ini. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamed Farid Noh


PENGUSAHA restoran di sekitar Pontian ini mula membuat persiapan bagi membuka premis masing-masing kepada orang ramai, Isnin ini.

Tinjauan di beberapa restoran mendapati, ada pekerja membersih dan menyusun kerusi serta meja yang sebelum ini disimpan.

Malah ada pengusaha yang membuat pesanan stok baharu terutama kuih-muih serta barangan dihasilkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk jualan.

Pemilik Restoran Pucuk Kemangi, Nora Hazlima Mohd Hanafiah, 41, bersyukur dengan langkah kerajaan membenarkan aktiviti perniagaan beroperasi semula.

"Alhamdulillah, 35 pekerja saya amat gembira dan tidak sabar untuk bekerja semula berikutan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua cawangan restoran terpaksa ditutup menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa bercuti sementara.

"Saya akan membeli alat memeriksa suhu badan, cecair pembasmi kuman selain membuat tempahan stok daripada pengusaha PKS setempat," katanya.

Menurut Nora Hazlima, restorannya turut membantu menjual produk daripada 40 pengusaha PKS setempat seperti kerepek, kuih tradisional, biskut dan kek.

"Bagaimanapun, saya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mematuhi semua prosedur ditetapkan kerajaan termasuk penjarakan sosial. Saya juga masih menunggu maklumat lanjut dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya ditemui di restorannya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2020 @ 5:22 PM