IRWAN menghasilkan hiasan menggunakan tayar terbuang sebagai sumber pendapatan. FOTO Ahmad Ismail
IRWAN menghasilkan hiasan menggunakan tayar terbuang sebagai sumber pendapatan. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail

BENDA terbuang jika ada idea dan kreativiti boleh ditukar menjadi sesuatu yang cantik sekali gus dijadikan sumber pendapatan.

Demikian yang dilakukan seorang orang kurang upaya (OKU), Irwan Mohamed, 40, dari Felda Tenang di Segamat, yang menghasilkan hiasan menggunakan tayar terbuang sebagai sumber pendapatan.

Sejak lebih dua tahun lalu, Irwan yang kehilangan sebelah kaki akibat cedera tercucuk kayu itu, menghasilkan hiasan berbentuk motosikal, arnab, panda, pasu, kereta kebal dan burung menggunakan tayar terpakai.

Katanya, dia mengambil dua hingga lima hari untuk menyiapkan sesebuah hiasan bergantung kepada bentuknya.

ANTARA hiasan yang dihasilkan Irwan daripada tayar terpakai. FOTO Ahmad Ismail
ANTARA hiasan yang dihasilkan Irwan daripada tayar terpakai. FOTO Ahmad Ismail

"Setiap hiasan yang siap dijual antara RM5 sehingga RM1,000. Syukur tempahan turut diterima dari pelanggan di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Kebanyakan pelanggan menginginkan ukiran untuk dijadikan hiasan di laman rumah," katanya.

ANTARA hiasan yang dihasilkan Irwan daripada tayar terpakai. FOTO Ahmad Ismail
ANTARA hiasan yang dihasilkan Irwan daripada tayar terpakai. FOTO Ahmad Ismail

Menurut Irwan, kebanyakan bentuk hiasan tayar terpakai yang dihasilkannya berdasarkan idea yang datang secara spontan selain kehendak pelanggannya.

Katanya, secara puratanya dia memperoleh pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan sekali gus digunakan untuk menyara keluarga serta sembilan anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 2:11 PM