SHAMSOR menyerahkan unit PPE kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SHAMSOR menyerahkan unit PPE kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor (UMWT) melalui anak syarikatnya Toyota Boshoku UMW (TBU) menghasilkan kelengkapan pelindung diri (PPE) bagi petugas barisan hadapan di hospital mengekang penularan wabak Covid-19.

Presiden UMWT Ravindran K berkata banyak syarikat-syarikat korporat termasuk mereka kini menawarkan rekaan, kejuruteraan dan kemudahan pengilangan bagi melindungi petugas kesihatan daripada dijangkiti virus itu.

"Ini adalah masa yang sangat sesuai membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah jumlah stok PPE dengan lebih pantas tanpa sebarang kos berbanding untuk mendapatkannya dari luar negara," katanya.

TBU kini terlibat dalam pengeluaran kerusi kenderaan, kemasan pintu dan pelantar pengalas pada kenderaan yang dipasang di negara ini dengan keupayaan mesin pemotong reka letak automatik.

Lebih 75 pekerja mahir dalam menjahit kerusi kenderaan terlibat dengan corak awal diperbuat daripada contoh unit seperti pelindung kasut, tudung dan baju yang kemudiannya dimuat naik ke mesin pemotong automatik.

Menyasarkan untuk menghasilkan 1,500 unit sehari dan mereka sudah menyerahkan 10,000 unit PPE daripada kumpulan pertama untuk KKM pada hari ini.

Majlis penyerahan kepada KKM dilakukan oleh Pengarah Pemasaran UMWT, Mohd Shamsor Mohd Zain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 9:04 PM