BERNAMA

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac membawa kepada pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah yang dikeluarkan daripada Sungai Klang.

KUALITI air Sungai Klang bertambah baik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. FOTO Hazreen Mohamad
KUALITI air Sungai Klang bertambah baik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. FOTO Hazreen Mohamad

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan semalam berkata, dari 15 Mac sehingga 15 April, sebanyak 580 tan metrik (MT) sampah dikumpul menerusi projek 'Selangor Maritime Gateway' (SMG) berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lalu.

PEKERJA kontrak melakukan kerja membersih sampah di Sungai Klang. FOTO Hazreen Mohamad
PEKERJA kontrak melakukan kerja membersih sampah di Sungai Klang. FOTO Hazreen Mohamad

Beliau berkata bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac, dan walaupun secara keseluruhannya bacaan WQI pada Kelas III adalah baik, ia hanya kira-kira 46 peratus daripada masa pemantauan.

PEKERJA kontrak melakukan kerja membersih sampah di Sungai Klang. FOTO Hazreen Mohamad
PEKERJA kontrak melakukan kerja membersih sampah di Sungai Klang. FOTO Hazreen Mohamad

"Ini jelas menunjukkan bahawa meminimumkan pergerakan orang ramai dan operasi perniagaan dapat membantu memulihkan sungai seperti ditunjukkan oleh frekuensi lebih tinggi WQI Kelas III. Apa yang lebih penting ia meningkatkan lagi kualiti air, berikutan data antarabangsa menunjukkan air bersih adalah faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi," katanya.

PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu juga menyebabkan pengurangan jumlah sampah di Sungai Klang. FOTO Hazreen Mohamad
PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu juga menyebabkan pengurangan jumlah sampah di Sungai Klang. FOTO Hazreen Mohamad

LLSB diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan Sungai Klang menerusi pembersihan dan pemuliharaan menerusi projek SMG.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    FOTO Hazreen Mohamad
    FOTO Hazreen Mohamad

  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 7:47 PM
    SUNGAI Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III yang dikatagorikan baik, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO Hazreen Mohamad
    SUNGAI Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III yang dikatagorikan baik, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO Hazreen Mohamad