TUANKU Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menderma darah yang diadakan di Istana Hingap di Seremban.
TUANKU Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menderma darah yang diadakan di Istana Hingap di Seremban.
Mohd Amin Jalil


YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menderma darah di Istana Hinggap, Seremban, hari ini.

Program anjuran Pejabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu bertujuan membantu menambah bekalan darah tabung darah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Selain itu, ia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya di Negeri Sembilan mengenai pentingnya menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.

“Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) dan HTJ dan berjaya mengumpul 30 beg darah untuk kegunaan Pusat Perkhidmatan Darah HTJ,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, hari ini.

Katanya, orang kenamaan yang turut serta menderma darah dalam program itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 5:10 PM