Hafidzul Hilmi Mohd Noor


KIRA-KIRA 200 penduduk di Kampung Baru, menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Jalan Hamzah.

Ujian saringan bermula jam 9 pagi itu membabitkan penduduk di Jalan Hadi Yahya, Jalan Datuk Abdul Malek dan Jalan Hamzah.

Tinjauan mendapati mereka mula datang ke dewan berkenaan secara berperingkat bermula jam 9 pagi.

Penduduk, Hafiz Asamasri, 27, berkata, dia tiba di pusat saringan berkenaan pada jam 9 pagi.

“Ujian saringan saya siap pada jam 12 tengahari, ramai orang datang buat saringan di dewan ini, semalam mereka membuka pusat saringan di Masjid Kampung Baru.

“Petugas kesihatan mengambil sampel swab semua penduduk yang hadir membuat saringan,” katanya ketika ditemui.

Hafiz berkata, dia datang bersama keluarganya susulan pengumuman petugas kesihatan meminta penduduk membuat ujian saringan.

SEBAHAGIAN penduduk datang melakukan ujian saringan di Dewan Serbaguna Jalan Hamzah Kampung Baru yang menjadi kawasan merah pada tinjauan tempoh kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. FOTO Aswadi Alias.
SEBAHAGIAN penduduk datang melakukan ujian saringan di Dewan Serbaguna Jalan Hamzah Kampung Baru yang menjadi kawasan merah pada tinjauan tempoh kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. FOTO Aswadi Alias.

“Beberapa hari lalu mereka mengumumkan penduduk wajib melakukan ujian saringan berkenaan,” katanya.

Namun bagi, Zahirah Razali ,16 dia dan adiknya hampa apabila tidak dapat membuat ujian saringan selepas diberitahu kit ujian sudah habis.

“Saya datang pada jam 12 tengahari dan diarahkan balik selepas diberitahu kit ujian sudah habis.

“Namun tidak pula diberitahu bila perlu menjalani ujian semula,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 1:41 PM