MOHAMAD Sukry (kiri) mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada orang ramai di Pasaraya Econsave, Simpang Renggam. FOTO Adnan Ibrahim
MOHAMAD Sukry (kiri) mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada orang ramai di Pasaraya Econsave, Simpang Renggam. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim

MAJLIS Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengedarkan 16,000 penutup hidung dan mulut percuma kepada orang ramai hari ini.

Yang Dipertua MDSR, Mohamad Sukry Abd Rahim berkata, agihan dibuat di lapan kawasan tumpuan orang ramai iaitu klinik kesihatan serta balai polis dan pasar raya.

Katanya, penerima diberikan empat helai penutup hidung dan mulut setiap seorang termasuk petugas keselamatan dan kesihatan.

“Lebih banyak lagi penutup hidung dan mulut akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai khususnya penduduk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Mohamad Sukry berkata demikian selepas mengedarkan kelengkapan itu di Pasaraya Econsave, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2020 @ 7:02 PM