ORANG Asli menyusun bahan makanan sumbangan JAKIM di Kampung Bukit Sebang, Alor Gajah. FOTO Hassan Omar
ORANG Asli menyusun bahan makanan sumbangan JAKIM di Kampung Bukit Sebang, Alor Gajah. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


“ALHAMDULILLAH, sumbangan barangan makanan yang diterima mampu mengurangkan bebanan kerana harga getah beku sekarang sudah jatuh kepada RM1.40 sekilogram, kalau diharapkan kepada harga getah sekarang agak sukar untuk kami membeli barangan keperluan,” kata Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Sebang, Alor Gajah, Ariffin Hamid, 70.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, 17 Ketua Isi Rumah (KIR) di kampung itu tetap menoreh, namun harga getah beku merudum kepada RM1.40 sekilogram berbanding RM2 sebelum PKP menyebabkan kehidupan mereka agak sukar.

ANGGOTA komuniti orang Asli bersyukur dengan sumbangan bahan makanan oleh JAKIM di Kampung Bukit Sebang, Alor Gajah. FOTO Hassan Omar
ANGGOTA komuniti orang Asli bersyukur dengan sumbangan bahan makanan oleh JAKIM di Kampung Bukit Sebang, Alor Gajah. FOTO Hassan Omar

“Ia menyebabkan kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan makanan.

“Alhamdulillah, bantuan yang diberikan kerajaan ini dapat membantu kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan barangan makanan bernilai RM50 dan wang tunai RM100 dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di kampung itu hari ini.

Hadir sama, Pegawai Agama Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Mohd Safran Sidek dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri, Huda Mihat.

Sementara, seorang lagi penduduk, Pis Hadi, 23, berkata, dia dan ahli keluarganya menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan makanan berikutan wang simpanan hampir habis.

Bagaimanapun, katanya, dengan sumbangan itu ia dapat memastikan mereka mempunyai stok makanan yang cukup untuk tempoh dua minggu lagi.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 2:04 PM