GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Malik Muhamad


MAJLIS Guru Besar (MGB) Kuala Terengganu berjaya mengumpul RM26,000 menerusi Tabung Sumbangan Covid-19, yang dilancarkan baru-baru ini.

Yang Dipertua MGB Kuala Terengganu, Maslan Mohamad berkata, jumlah itu dikumpul hasil sumbangan guru dan kakitangan daripada 53 sekolah rendah di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, tabung itu hasil idea Exco MGB Terengganu dan dimulakan pada 28 Mac lalu bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jumlah terkumpul itu sudah diserahkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sebelum diserahkan kepada Tabung Covid-19 kerajaan negeri.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang bagi membolehkan masyarakat yang terkesan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Kita berdoa agar rantaian wabak pandemik ini dapat dihentikan seberapa segera dan merayu orang ramai patuh kepada arahan kerajaan, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 4:47 PM