PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. FOTO Mohd Fadli Hamzah
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Amir Abd Hamid


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Khas Asean Campur Tiga Mengenai Covid-19, petang esok menerusi persidangan video.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus turut sertai persidangan video itu.

Kementerian Luar dalam kenyataan, hari ini, berkata Sidang Kemuncak Khas akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara/Kerajaan Negara-negara anggota Asean dan negara Campur Tiga iaitu China, Jepun dan Korea Selatan.

“Semasa Sidang Kemuncak Khas itu, semua ketua negara berkenaan akan bertukar-tukar pandangan dan meneroka bidang kerjasama dalam menangani pandemik Covid-19.

“Sidang Kemuncak Khas itu juga akan menghasilkan kenyataan bersama Sidang Kemuncak Khas Asean Campur Tiga mengenai Covid-19,” katanya.

Terdahulu, pada sesi pagi Muhyiddin menghadiri persidangan video Sidang Kemuncak Khas Asean akan dihadiri oleh semua ketua negara dan kerajaan Asean.

Sidang pagi itu dipengerusikan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, Nguyễn Xuân Phúc yang juga Pengerusi ASEAN ketika ini.

“Sidang Kemuncak Khas ini akan membincangkan mengenai usaha dan persediaan bersama Asean dalam menangani penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ribuan warga Asean.

“Sidang Kemuncak Khas berkenaan juga dijangka mengeluarkan Deklarasi Sidang

Kemuncak Khas Asean mengenai Covid-19,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung Asean Datuk Lim Jock Hoi yang juga diplomat veteran Brunei akan turut mengambil bahagian dalam persidangan video berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 1:48 PM