KAKITANGAN perubatan tiba untuk melakukan saringan keatas penduduk di Menara City One yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat Covid -19. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KAKITANGAN perubatan tiba untuk melakukan saringan keatas penduduk di Menara City One yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat Covid -19. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Rafidah Mat Ruzki


SEBANYAK 88 peratus pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia berada pada tahap satu dan dua.

Laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan, tahap satu adalah kategori pesakit yang positif dijangkiti tetapi tidak bergejala manakala tahap dua adalah pesakit yang positif dan bergejala ringan.

KKM juga mendapati tujuh peratus lagi berada pada tahap tiga dan empat iaitu positif dengan radang paru-paru tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan tahap empat adalah pesakit yang positif dengan radang paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Lima peratus pada tahap kelima iaitu mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media harian, melaporkan Malaysia kini mencatatkan sejumlah 3,963 kes positif Covid-19 sehingga kini, dengan sebanyak 170 kes baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 92 kes positif COVID-19 sedang dirawat

di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 kes

memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, sehingga tengah hari semalam juga, 80 kes yang sudah pulih fan dibenarkan pulang dicatatkan.

“Ia menjadikan sejumlah 1,321 kes iaitu 33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, sudah dibenarkan pulang,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 1:18 PM