Nurul Fatihah Sulaini


JENAZAH mangsa Covid-19 yang pertama meninggal dunia di Terengganu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, Jertih, petang semalam.

Jenazah membabitkan kluster tabligh berusia 67 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Jenazah tiba di tanah perkuburan jam 4.30 petang diiringi petugas Jabatan Kesihatan, polis dan bomba.

Kawasan tanah perkuburan dikawal oleh polis bagi menghalang kehadiran orang ramai dan penduduk setempat.

Urusan pengebumian selesai kira-kira 6 petang.

Mangsa berasal dari Kampung Baru, Batu Tumbuh dipercayai mendapat jangkitan dari kumpulan tabligh yang singgah di masjid berhampiran kampungnya.

Difahamkan mangsa mengidap kencing manis dan pada peringkat awal mengalami demam biasa tetapi keadaan semakin serius sejak beberapa hari lalu sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi HSNZ dan menghembuskan nafas terakhir di sana.

Isteri dan seorang anak mangsa yang tinggal bersama sedang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut.

URUSAN pengebumian selesai kira-kira 6 petang. FOTO ihsan pembaca
URUSAN pengebumian selesai kira-kira 6 petang. FOTO ihsan pembaca

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 11:28 AM