ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan kilang plastik yang terbakar 50 peratus di Batu 22, Jalan Kuala Selangor, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan kilang plastik yang terbakar 50 peratus di Batu 22, Jalan Kuala Selangor, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


SEBUAH kilang plastik di Batu 22, Jalan Kuala Selangor, terbakar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Kanan I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.46 tengah hari.

“Lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“BBP terbabit ialah BBP Bestari Jaya, Batu Arang, Kuala Selangor, Rawang, Kota Anggerik, Subang Jaya, Sungai Buloh dan PBS Saujana Utama.

“Tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 6:18 PM