Abnor Hamizam Abd Manap


JALAN Kuala Klawang - Genting Peras di sempadan daerah Jelebu dan Hulu Langat ditutup kepada semua kenderaan bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jelebu Nurul Huda Musa berkata, penutupan jalan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan bencana daerah, pagi tadi.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksana di tujuh kampung di Hulu Langat antara punca laluan berkenaan ditutup sebagai langkah keselamatan.

“Jalan itu adalah laluan utama dari daerah Hulu Langat ke Jelebu namun penutupan ini penting bagi faktor keselamatan. Pembukaan semula laluan berkenaan bergantung kepada PKPD di Hulu Langat,” katanya ketika dihubungi.

Nurul Huda berkata, berikutan penutupan jalan berkenaan orang ramai mempunyai urusan untuk ke Semenyih atau kawasan lain di Hulu Langat boleh menggunakan jalan Jelebu-Seremban.

Katanya, beliau berharap orang ramai memahami tindakan penutupan jalan berkenaan yang bertujuan menyekat penularan Covid-19 di kawasan berkenaan.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPD di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa tengah tadi hingga 13 April depan.

Perkara itu diumumkan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata, arahan itu membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 8:08 PM
    JALAN Genting Peras - Kuala Klawang di sempadan daerah Jelebu - Hulu Langat ditutup kepada semua kenderaan. FOTO ABNOR HAMIZAM
    JALAN Genting Peras - Kuala Klawang di sempadan daerah Jelebu - Hulu Langat ditutup kepada semua kenderaan. FOTO ABNOR HAMIZAM