AZIZAH (kiri) menerima sumbang 500 botol cecair pembasmi kuman dari Medikel Pharmacy di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AZIZAH (kiri) menerima sumbang 500 botol cecair pembasmi kuman dari Medikel Pharmacy di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


PRIHATIN terhadap barisan hadapan yang bertugas bagi menangani wabak Covid-19, I Medikel Pharmacy Sdn Bhd menyumbang 500 botol cecair pembasmi kuman kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif I Medikel Pharmacy, Ebieyt Eusoffe kepada Timbalan Pengarah Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan, Azizah Mahmud Muhaidin.

Ebieyt berkata, pihaknya memahami dalam keadaan sekarang, petugas barisan hadapan sangat memerlukan cecair pembasmi kuman.

“Kita berharap sumbangan tidak seberapa ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menangani wabak Covid-19.

“Selain menyerahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri, kita juga menyediakan bekalan mencukupi untuk dijual kepada orang ramai.

“Pada masa sama, kita juga berkongsi cara penggunaan cecair pembasmi kuman yang betul,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, hari ini.

Ebieyt turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati membeli cecair pembasmi kuman di pasaran yang dikhuatiri tidak mempunyai kelulusan daripada KKM.

“Kita bimbang tujuan sebenar penggunaan cecair pembasmi kuman adalah untuk perlindungan diri, namun mendatangkan bahaya,” katanya.

Sementara itu, Azizah berterima kasih kepada I Medikel Pharmacy kerana sudi menyumbang cecair pembasmi kuman untuk kegunaan kakitangan Jabatan Kesihatan Kelantan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    h

  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 3:51 PM