ZAINAL Abidin Abdul Rahim. FOTO Omar Ahmad
ZAINAL Abidin Abdul Rahim. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad


“BUNYI letupan lebih kuat daripada guruh“, kata Zainal Abidin Abdul Rahim, 56, saksi insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang di sini, malam tadi .

Zainal Abidin yang juga Ketua Kampung Lepau berkata, kejadian itu menyebabkan berlaku gegaran selama dua minit.

Katanya namun letupan dan gegaran kali ini kurang kuat berbanding letupan pertama yang terjadi pada April tahun lalu.

“Memang rasa gegaran sebab letupan itu, tetapi sedikit sahaja berbanding tahun lalu lebih kuat kerana jarak tempat kejadian lebih dekat.

“Kali ini lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari Kampung Lepau ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, setakat ini dia tidak menerima laporan dari penduduk Kampung mengenai kerosakan dan keretakan rumah.

Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, tujuh pekerja dilaporkan terbabit dengan lima ditemui rentung, seorang melecur manakala seorang lagi selamat.

Berita berkaitan

  • Letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang: 4 rentung, 1 parah
  • Identiti 4 mangsa rentung dikenal pasti
  • Sultan Johor ucap takziah
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 5:05 PM