GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Baharom Bakar


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) menguatkuasakan kaedah pengajian secara e-Pembelajaran membabitkan semua kursus sarjana muda mulai esok.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, langkah itu diambil susulan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam makmal mahupun projek kumpulan kecil diteruskan seperti biasa dengan mengambil kira garis panduan kesihatan yang disarankan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

“Pengurusan UMT sentiasa berusaha mencari pelan kontigensi bagi memastikan urusan pembelajaran dan kemajuan akademik berada pada tahap gangguan terendah rentetan pandemik Covid-19.

“Keselamatan dan kebajikan seluruh warga kampus sangat dititik beratkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dr Noor Azuan berkata, pensyarah akan mengoptimumkan platform e-Pembelajaran dan menggunakan aplikasi Zoom untuk perbincangan dalam talian yang diselenggara Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Komunikasi (PPPTK).

Katanya, kaedah pembelajaran begitu berlangsung untuk tempoh empat hari dan keperluannya akan dinilai semula dari semasa ke semasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 9:30 AM