KONTENA mengandungi sisa plastik dari negara luar yang akan dihantar semula ke negara asal dalam gambar dirakam pada 28 Mei 2019. FOTO arkib NSTP
KONTENA mengandungi sisa plastik dari negara luar yang akan dihantar semula ke negara asal dalam gambar dirakam pada 28 Mei 2019. FOTO arkib NSTP
Rosyahaida Abdullah


KEMENTERIAN Alam Sekitar akan meneruskan segala inisiatif yang disifatkan baik dilaksanakan kerajaan terdahulu bagi memastikan kesinambungan dasar yang diperkenalkan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, semalam, Kementerian itu menjelaskan komitmen Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sejak hari pertama sebagai menteri dalam meneruskan kesinambungan serta menambah baik inisiatif sedia ada.

Ia termasuk penghantaran pulang semua sisa plastik haram ke negara asalnya.

“Menteri datang dan pergi namun perkhidmatan awam sudah pun mempunyai ketetapan mekanisme untuk setiap inisiatif yang dirancang.

“Semua ini bagi memastikan perkhidmatan untuk rakyat tidak terganggu walau siapapun menterinya.

“Bagi penghantaran pulang sisa plastik haram ke negara asal, inisiatif ini tentunya terjadi hasil kerjasama beberapa agensi yang diterajui beberapa menteri khususnya dalam mempermudah urusan berkenaan.

“Oleh itu, kerjasama antara agensi ini perlu diteruskan tidak kira siapa menterinya memandangkan di bawah Basel Convention dan undang-undang domestik yang diguna pakai, sudah wujud mekanisme untuk tujuan itu,” kata kenyataan terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang, Michelle Ng di akhbar bahasa Inggeris yang mengatakan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin sebagai individu yang memulakan inisiatif itu (penghantaran sisa plastik haram ke negara asal).

“YB (Yang Berhormat) Tuan Ibrahim menghargai usaha YB Yeo dalam menerajui inisiatif ini dengan kerjasama agensi lain sewaktu beliau masih bertugas sebagai menteri,” menurut kenyataan itu lagi.



Berita berkaitan:

  • Malaysia bukan tempat pembuangan sisa plastik
  • Malaysia bukan tong sampah
  • UK ambil balik 42 kontena sisa plastik
  • Tiga negara setuju tuntut sampah tersadai [METROTV]
  • Satu sen pun takkan bayar
  • 'Malaysia bukan tempat buang sampah dunia' [METROTV]
  • Kastam agresif periksa kontena
  • Pengimport sampah dikenal pasti [METROTV]
  • 139 kilang kitar semula diarah tutup
  • Penduduk rayu henti terus import sisa plastik [METROTV]
  • Malaysia bukan 'tong sampah' negara maju
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 12:19 PM