SERAMAI 11 pegawai dan seorang anggota polis Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah yang didakwa bagi melindungi kesalahan pemandu lori di negeri ini. FOTO BERNAMA
SERAMAI 11 pegawai dan seorang anggota polis Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah yang didakwa bagi melindungi kesalahan pemandu lori di negeri ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

JABATAN Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut berhubung kes 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan itu membabitkan pemilikan aset, dokumen pekerjaan dan pergerakan anggota yang terbabit sama ada mereka mematuhi Peraturan dan Standard Operasi (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika ada antara mereka tidak mematuhi peraturan, tindakan tatatertib boleh diambil. Selain itu, sekiranya dituduh di mahkamah, mereka akan dikenakan hukuman tahan kerja,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Zamri berkata, tindakan tahan kerja boleh diambil atas dasar kepentingan awam dan tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.

Semalam, media melaporkan 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah dan terbabit dalam kes salah guna kuasa. - Bernama

Berita berkaitan

12 pegawai JSPT Pulau Pinang dicekup rasuah

12 polis didakwa rasuah direman [METROTV]

Saya kecewa - KPN

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 2:42 PM