FADILLAH. FOTO Rasul Azli Samad
FADILLAH. FOTO Rasul Azli Samad
Wartawan NSTP


WAKIL Rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempersembahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Whip GPS di Parlimen, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan perkara itu ketika ditemui pemberita sesi pertemuan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

“Saya menulis nama Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Tiada perbincangan, cuma isi borang siapa yang hendak dipilih sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu meninggalkan pekarangan Istana Negara menaiki kenderaan Toyota Vellfire, 4.50 petang.

Beliau antara 90 ahli parlimen yang dititah menghadiri sesi pertemuan secara bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong bertujuan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 5:38 PM