JEMPOL 19 FEBRUARI 2020. Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Bangkahulu, Gemas dan mengorbankan seorang bayi berusia 10 bulan. NSTP/IHSAN BOMBA
JEMPOL 19 FEBRUARI 2020. Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Bangkahulu, Gemas dan mengorbankan seorang bayi berusia 10 bulan. NSTP/IHSAN BOMBA
Abnor Hamizam Abd Manap

POLIS akan memanggil ibu bapa bayi perempuan 10 bulan yang maut dalam kebakaran di rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, keduanya akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan kejadian itu.

“Ya... Kita akan panggil mereka untuk lengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimana pun polis perlu menjalankan siasatan dengan mengambil kira semua aspek termasuk faktor kecuaian,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Pilus berkata, polis juga perlu mendapatkan keterangan saksi di tempat kejadian selain perlu menunggu laporan forensik daripada pihak bomba.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad Pilus berkata, laporan diberi doktor yang melakukan bedah siasat di Hospital Tampin semalam, mendapati kematian bayi itu akibat terbakar seluruh badan.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, bomba masih menjalankan siasatan terperinci sebelum mengetahui punca sebenar kejadian.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, Siti Nur Aini Zulimi, 10 bulan, maut selepas ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas.

Berita berkaitan:

  • Punca kebakaran sedang disiasat
  • Luluh hati lihat bayi terbakar
  • Bayi 10 bulan maut rumah terbakar
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 11:48 AM