ANGGOTA PPM Kudat menahan dua lelaki dan merampas petrol, diesel dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. FOTO Juwan Riduan
ANGGOTA PPM Kudat menahan dua lelaki dan merampas petrol, diesel dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan

CUBAAN juragan menyeludup petrol dan diesel menggunakan bot nelayan ke negara jiran gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Jeti Angkasa Lama di Kudat, semalam.

Juragan warga tempatan berusia 51 tahun dan seorang kru itu ditahan anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Kudat ketika menjalankan Ops Landai Khas, jam 8.30 malam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat pihaknya menahan sebuah bot mencurigakan di kawasan jeti berkenaan.

BOT nelayan yang digunakan oleh suspek. FOTO Juwan Riduan
BOT nelayan yang digunakan oleh suspek. FOTO Juwan Riduan

“Hasil pemeriksaan menemui 550 liter petrol dan 1,600 liter diesel di atas bot berkenaan.

“Semua barang itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menggunakan bot nelayan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, nilai keseluruhan rampasan bernilai RM8,3762.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 5:03 PM