MOHD Haris (kiri) memeriksa barang set komputer yang dilupuskan. FOTO Juwan Riduan
MOHD Haris (kiri) memeriksa barang set komputer yang dilupuskan. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan

SEBANYAK 420 set komputer berunsur perjudian dimusnah dan dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua barangan berkenaan membabitkan 67 kes dalam tempoh 2005 hingga 2017.

“Barang-barang kes yang dilupuskan ini membabitkan kes yang selesai disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953dan Ordinan Hiburan Negeri Sabah 1958.

“Manakala sejumlah wang tunai bernilai RM19,753 turut akan diserahkan kepada Perbendaharaan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelupusan barangan kes di IPD Penampang, hari ini.

SET komputer berunsurkan perjudian dilupuskan di IPD Penampang. FOTO Juwan Riduan
SET komputer berunsurkan perjudian dilupuskan di IPD Penampang. FOTO Juwan Riduan

Sementara itu, Haris berkata, hasil jalinan kerjasama dengan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAN) dengan polis sudah mendapat khidmat nasihat dalam mengendalikan pelupusan barangan elektronik mengikut kaedah betul dan selamat.

“Melalui kaedah ini, pelupusan E-Waste diperkenalkan bagi memastikan alam sekitar tidak dicemari di samping memanfaatkan barangan lupus melalui kaedah kitar semula,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 3:17 PM