ANJING jalanan yang menjadi mangsa kekejaman individu tak bertanggungjawab. FOTO IHSAN ANIMAL MALAYSIA
ANJING jalanan yang menjadi mangsa kekejaman individu tak bertanggungjawab. FOTO IHSAN ANIMAL MALAYSIA
Amirul Aiman Hamsuddin


PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab mencederakan seekor anjing hingga buta di Bukit Malawati, Kuala Selangor, kelmarin.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pelaku mencederakan haiwan itu dengan senjata tajam berdasarkan kesan tetakan pada kepala.

“Menurut saksi, anjing jalanan ini pada asalnya sihat dan normal. Namun, hari ini (kelmarin), haiwan itu mempunyai luka disyaki ditetak benda tajam di mata kanannya.

“Malah, tiga ekor anak anjing itu didapati hilang," katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook (FB) Animal Malaysia.

ARIE DWI ANDIKA
ARIE DWI ANDIKA

Menurut Arie, orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi WhatsApp di 011-20901097.

Dalam pada itu, gambar anjing yang cedera ditetak hingga buta sebelah mata, tular di FB.

Rata-rata netizen mencemuh dan mengecam tindakan pelaku yang dilihat tidak perikemanusiaan terhadap haiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 3:04 PM