AHMAD Faizal (kanan) membuang botol plastik ke dalam tong sampah sebagai simbolik bermulanya Program Lestari Pendidikan 2020. FOTO  Balqis Jazimah Zahari.
AHMAD Faizal (kanan) membuang botol plastik ke dalam tong sampah sebagai simbolik bermulanya Program Lestari Pendidikan 2020. FOTO Balqis Jazimah Zahari.
Balqis Jazimah Zahari


MAJLIS Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) yang tertangguh sebelum ini akan diteruskan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setakat ini beliau belum mempunyai tarikh khusus untuk melakukan majlis berkenaan.

“Insya Allah kita kena buat juga (majlis angkat sumpah EXCO) itu, tetapi buat masa ini saya belum mempunyai tarikh untuk majlis itu.

“Kita perlu mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan (Sultan Nazrin), jadi saya tidak ada kebolehan (untuk mengumumkan) berkata apa-apa mengenai perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada perkenan baginda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Lestari Pendidikan 2020 anjuran Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam di Ipoh, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tiga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah.

Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Zul Azlan Abu Hassan dan Penasihat Undang-Undang negeri, Azmir Shah Zainal Abidin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 2:03 PM