KEBAKARAN yang gerai vape di Langkawi. FOTO Ihsan Bomba.
KEBAKARAN yang gerai vape di Langkawi. FOTO Ihsan Bomba.
Hamzah Osman


TINDAKAN pantas saksi kejadian menghubungi bomba menyelamatkan sebuah gerai vape daripada musnah dalam kebakaran di Jalan Padang Matsirat. Langkawi, hari ini.

Berikutan itu, gerai berkenaan hanya musnah 30 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 5.30 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Langkawi bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi.

“Sejurus tiba didapati kebakaran membabitkan gerai menjual vape kelas A bersaiz empat meter panjang dan lebar tiga meter.

“Anggaran kemusnahan dianggarkan 30 peratus dan tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, api berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan operasi itu tamat pada 6.27 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 10:33 AM