SEMPENA meraikan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang ini, Nestle Malaysia menganjurkan Peraduan Nestle Gong Xi WANG Kongsi CERIA mulai 15 Disember lalu sehingga 8 Februari ini.

Menerusi peraduan ini, anda berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM88,888 dengan hanya perlu beli dan minum produk Nestle Sedia Untuk Diminum dengan nilai sekurang-kurangnya RM5 dalam satu resit.

Peraduan ini sungguh mudah kerana selain minum, anda juga hanya perlu menjawab soalan yang tertera dalam laman web http://dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-rtd-gongxi-kongsi-... dan lengkapkan penyertaan sama ada melalui aplikasi WhatsApp mahu pun melalui pos.

Maklumat mengenai penyertaan boleh didapati di laman web tersebut.

Jangan ketinggalan untuk memeriahkan semangat Tahun Baharu ini dengan peluang membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM88,888.

Selain itu, hadiah mingguan bernilai RM1,888 kepada dua pemenang setiap minggu dan hadiah harian bernilai RM188 kepada 17 pemenang juga disediakan.

Untuk mengenai terma dan syarat dan maklumat selanjutnya, sila layari http://dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-rtd-gongxi-kongsi-...

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 10:00 AM