FENOMENA cuaca sejuk yang pernah melanda negara pada Januari 2018. FOTO Arkib NSTP
FENOMENA cuaca sejuk yang pernah melanda negara pada Januari 2018. FOTO Arkib NSTP
Khairul Najib Asarulah Khan


CUACA sejuk yang melanda negara ketika ini disebabkan angin monsun timur laut dari utara Asia dan Siberia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata, keadaan itu ditambah dengan cuaca mendung dalam negara.

“Bagaimanapun, ia adalah fenomena biasa yang mana suhu ketika ini mencecah 21 ke 22 darjah Celsius pada waktu Subuh berbanding 23 ke 24 darjah Celsius kebiasaannya.

“Masyarakat tidak perlu bimbang disebabkan perubahan suhu ini bersifat sementara selain ia fenomena biasa,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Jailan berkata, bagi kawasan Kelantan dan Terengganu, suhu dijangka akan mencecah sehingga 18 ke 19 Celsius pada hujung Januari dan awal Februari atas faktor sama.

“Ia dijangka kembali normal pada 23 ke 24 celsius pada bulan berikutnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 12:23 PM