GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP
Shahrinnahar Latib


WANITA kerugian RM135,520 selepas ditipu kenalan di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 51 tahun itu melabur RM135,520 selepas tertarik dengan tawaran kenalannya yang baru dikenali November lalu.

“Kenalannya menjanjikan pulangan RM481,000 melalui pelaburan yang kononnya dikendalikan pegawai dua bank dari Indonesia dan Bank Negara.

“Mangsa diminta berurusan dengan pegawai bank itu sebelum membuat beberapa transaksi bayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa membuat bayaran RM113,020 ke akaun bank atas nama dua individu yang menyamar sebagai pegawai bank dari Indonesia dan RM22,500 lagi atas nama seorang wanita kononnya pegawai Bank Negara.

“Selepas wang pelaburan dijelaskan seperti diminta, mangsa mula curiga apabila wang keuntungan yang dijanjikan tidak nampak bayangnya.

“Mangsa mengesyaki dirinya ditipu dan tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 12:16 PM