SEPTEMBER lalu, telefon pintar HUAWEI Mate30 Pro diperkenalkan ke seluruh dunia menerusi majlis pelancaran yang berlangsung gilang-gemilang di Jerman.

Pelbagai reaksi diterima dan sudah pasti pengguna teruja serta memuji kecanggihan luar biasa dimiliki peranti itu.

Jason atau lebih dikenali sebagai Smashpop yang popular dengan ulasan teknologi di YouTube tidak terkecuali memberi pandangannya mengenai HUAWEI Mate30 Pro selepas menggunakannya selama seminggu.

Menurutnya, fungsi paling menyerlah terletak pada kamera, reka bentuk dan kapasiti baterinya yang tiada tandingan.

1. Kamera berprestasi tinggi


Peranti HUAWEI ini mengetuai dalam prestasi kamera dengan kebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K 60 fps dan video gerak perlahan 7680 fps pada resolusi 720p.

Kamera utama Mate30 mempunyai gabungan lensa 40MP (sudut lebar) + 16MP (ultra sudut lebar) + 8MP (telefoto tiga kali zum) dan kamera swafoto pula adalah 24MP.

Sistem penstablian Penstabilan Imej Optikal (OIS) dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) pula disertakan bagi memastikan video yang diambil tidak menghadapi masalah gegaran.

2. Reka bentuk menggoda


Siri Mate30 ini menyerlahkan potensi penuh bagi telefon pintar. Ia direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan.

Bingkai skrin yang kecil menempatkan kamera swafoto dan sensor mengesan pergerakan tangan.

Reka bentuk skrin melengkung pula memudahkan pengguna yang berminat bermain permainan video dalam talian di mana skrin melengkung pada Mate30 Pro ini dimuatkan dengan butang L&R.

3. Kuasa bateri mengagumkan


HUAWEI Mate30 Pro membekalkan kuasa menerusi bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas 40W secara berwayar dan 27W pula nirwayar.

Setiap pembelian peranti ini juga disertakan dengan HUAWEI 40W SuperCharge.

Tambahnya lagi, tidak dinafikan terdapat beberapa kelemahan yang mengecewakan namun ada penyelesaiannya.

HUAWEI Mate30 Pro tidak didatang dengan GMS atau lebih dikenali sebagai Google Mobile Services.

Tetapi, anda boleh mendapatkan pelbagai tip penting untuk memuat naik Google pada peranti Mate30 Pro melalui cara penyelesaian yang sedia ada di Internet.

SmashPop juga memberi tip untuk memuat naik aplikasi Google yang akan dikongsikan melalui komen di bawah ulasan video berikut.

Kesimpulannya, HUAWEI Mate30 Pro mendapat perhatian ramai kerana kelihatan futuristik selain ia juga peranti yang lengkap dengan skrin lebih besar, kuasa memproses yang sama dan rekaan praktikal.

Ia turut sesuai untuk pengguna yang mementingkan pengambilan videografi serta fotografi bertaraf profesional.

Pada yang sedang tercari-cari hadiah istimewa untuk insan tercinta, peranti ini juga sesuai untuk dibeli sebagai tanda kasih anda.

Berharga RM3,899 dengan 8GB RAM dan storan 256 GB, pengguna boleh mendapatkan peranti serba canggih ini di semua kedai konsep HUAWEI mahupun HUAWEI Online Store dan laman web rasmi HUAWEI.

Untuk mendengar dan melihat sendiri ulasan Jason atau Smashpop, ikuti pautan berikut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 6:38 PM