Keadaan jengkaut yang terbalik menyebabkan pemandunya maut. FOTO Ihsan JBPM
Keadaan jengkaut yang terbalik menyebabkan pemandunya maut. FOTO Ihsan JBPM
Noor Hidayah Tanzizi


LELAKI maut akibat tersepit selepas jengkaut dikendalikannya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Teluk Intan - Sitiawan, Batu 11 Lekir, Sitiawan hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhammad Akmal Salleh, 25, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian mangsa menjalankan kerja pembinaan sebelum jentera berat dikendalikan tergelincir dari cerun dan menyebabkan mangsa tersepit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Zamzami Abdul Malik berkata, pihaknya menerima panggilan 5.17 petang sebelum sepasukan anggota ke lokasi kemalangan.

Bomba berusaha mengeluarkan mayat pemandu jengkaut selepas jentera dikendalikannya hilang kawalan. FOTO Ihsan JBPM
Bomba berusaha mengeluarkan mayat pemandu jengkaut selepas jentera dikendalikannya hilang kawalan. FOTO Ihsan JBPM

“Jengkaut itu dipercayai tergelincir dari cerun menyebabkan mangsa tersepit.

“Bomba memasang tali untuk menstabilkan jengkaut dan mengalihkan mangsa dari bawah jentera itu dengan bantuan jentera lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 6.55 petang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 9:39 PM