Laporan portal Harian Metro sebelum ini.
Laporan portal Harian Metro sebelum ini.
Norizuan Shamsuddin


USAHA Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menangkap buaya tembaga di lombong tinggal di Kampung Napoh, Kuala Terengganu masih belum membuahkan hasil.

Sudah lima hari dipasang perangkap di kawasan itu tetapi buaya yang dikenali dengan panggilan Mamat dlaam kalangan penduduk tempatan dan katakan jinak itu masih belum terjerat.

Perangkap yang menggunakan umpan ayam dipasang di tepi lombong berkenaan sejak Rabu lalu.

Timbalan Pengarah PERHILITAN Terengganu Kamsul Alias ketika dihubungi berkata, usaha menangkap haiwan terbabit masih dilakukan bagi menjamin keselamatan penduduk.

“Usaha menangkap buaya terbabit sehingga hari ini masih belum berhasil dan perangkap terbabit dipasang serta dipantau oleh pegawai PERHILITAN,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan seekor buaya tembaga yang dipanggil Mamat atau Adik Mat muncul semula di lombong tinggal di Kampung Tepoh selepas dua tahun menghilang.

Kehadiran buaya jinak itu menarik ramai penduduk setempat untuk melihatnya dari dekat pada setiap petang.

Berita berkaitan

Tangkap 'Mamat' demi keselamatan

Pok Man Buaya rindu 'Adik Mat'

Waspada bila bermain dengan 'Adik Mat'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 4:25 PM