PENERIMA Anugerah Pelatih Terbaik (dari kiri), Noraishah, Sakinah dan Nur Syahirah di Majlis Tamat Latihan Konstabel Wanita di PULAPOL Bukit Sentosa. FOTO Ezairi Shamsuddin
PENERIMA Anugerah Pelatih Terbaik (dari kiri), Noraishah, Sakinah dan Nur Syahirah di Majlis Tamat Latihan Konstabel Wanita di PULAPOL Bukit Sentosa. FOTO Ezairi Shamsuddin
Nurul Hidayah Bahaudin


SERAMAI 299 pelatih wanita Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bilangan 20 Siri 4/2019 menamatkan latihan mereka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, Rawang, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 14 pelatih memiliki Ijazah Sarjana Muda, diploma (45), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) (tiga) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (237).

Mereka mengikuti latihan asas selama enam bulan bermula 28 April lalu sebelum ditempatkan di formasi seluruh negara bermula 1 November nanti diraikan pada majlis perbarisan tamat latihan PLAK yang disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Pada majlis itu, Konstabel Sakinah Said, 23, diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, manakala Konstabel Noraishah Ahmad, 26, muncul sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan Konstabel Nur Syahirah Abd Aziz, 24, sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Komandan PULAPOL Bukit Sentosa Superintendan Mohd Rusli Din.

Sementara itu, Omar menasihatkan semua pelatih supaya menjaga integriti dan imej baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik memulakan tugas nanti.

“Mereka diingatkan supaya menjaga integriti dan tidak terbabit dengan tindakan salah laku terutama rasuah selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 12:23 PM