BSN

PERUSAHAAN Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Ia merupakan salah satu sektor perindustrian yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Berdasarkan laporan prestasi ekonomi negara pada tahun 2017, PKS di Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.2% berbanding pada tahun 2016 iaitu 5.2%.

Selain itu, PKS menyumbang lebih satu pertiga daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih empat (4) juta pekerja di Malaysia.

Atas dasar itu juga, pihak kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan pelbagai peluang dan bantuan bagi membantu usahawan-usahawan PKS membangunkan perniagaan mereka.


BSN juga tidak ketinggalan dalam menyokong aspirasi kerajaan ini. BSN mula memperkenalkan pembiayaan mikro pada tahun 2007, di mana ianya terbuka kepada usahawan-usahawan mikro di Malaysia dalam membantu membangunkan perniagaan mereka.

“Sejak mula diperkenalkan pada 2007, pembiayaan mikro BSN telah berkembang dengan baik apabila berjaya membiayai lebih 64,000 pelanggan sehingga Jun 2019 dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1.7 bilion berbanding 320 pelanggan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5 juta pada tahun pertama diperkenalkan.

Peningkatan ini telah menjadikan BSN sebagai pembiaya pembiayaan mikro tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 41.0% berbanding 10 institusi perbankan yang lain (sehingga Ogos 2019, Sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM),” kata YBhg Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan, anda boleh memohon Pembiayaan BSN Micro/i dengan bantuan pembiayaan bermula dari RM5,000.00 hingga RM50,000.00 untuk tempoh pinjaman selama satu (1) tahun hingga lima (5) tahun.

Skim pembiayaan ini direka untuk membantu usahawan mikro mendapat suntikan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka.


Para usahawan/ perusaha mikro yang berminat untuk memohon pembiayaan ini perlu memenuhi syarat dan kelayakan seperti warga Malaysia berumur antara 21-60 tahun, individu bekerja sendiri/ perusahaan mikro, memiliki pendaftaran perniagaan dan/ atau lesen perniagaan yang sah selain perniagaan/ syarikat perlu beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun secara sepenuh masa.

Ciri-ciri pembiayaannya juga mudah di mana minimum dokumen diperlukan dan tiada cagaran diperlukan.


Selain itu juga, selaras dengan komitmen BSN yang sentiasa menyediakan akses kemudahan perbankan menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia, BSN turut memperkenalkan Pembiayaan BSN Microplus yang ditawarkan bagi membantu para usahawan/ perusaha mikro mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Pembiayaan BSN Microplus menawarkan jumlah pembiayaan yang lebih besar iaitu RM50,001 hingga RM250,000 berbanding jumlah maksimum RM50,000 bagi pembiayaan BSN Micro/i.

Keutamaan ditawarkan kepada peminjam sedia ada dengan potensi keupayaan perniagaan yang dinamik, berdaya saing dan berupaya untuk dimajukan ke tahap yang lebih besar serta mempunyai rekod pembayaran yang baik.

“Kami sedia maklum bahawa ianya amat mencabar untuk para usahawan mikro mendapatkan bantuan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Justeru, melalui Pembiayaan BSN Microplus yang lebih kompetitif dengan jumlah pembiayaan yang lebih besar dapat membantu mereka sekaligus meneruskan inisiatif pembangunan usahawan mikro di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada Disember 2017 sehingga Ogos 2019, BSN telah membiayai sebanyak RM75 juta kepada 397 orang peminjam Mikro Kewangan,” tambah YBhg Datuk Yunos lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 8:00 AM