BANGUNAN JAKIM di Putrajaya. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN JAKIM di Putrajaya. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


JABATAN Agama Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus bagi memantau murabbi supaya tidak terbabas daripada garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Nordin Ibrahim berkata, setakat ini, murabbi yang dilantik ada tauliah dan sentiasa dekat dengan kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesej keagamaan terutama mesej Gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada masyarakat.

“Sekiranya ada seorang dua yang melanggar SOP, ia mungkin kes terpencil dan buat masa ini ia tidak berlaku dan jika ada pun, kita akan berikan nasihat.

“Buat masa ini, tidak perlu pemantauan khusus kerana kita ada garis panduan ditetapkan. Setiap tahun, mereka (murabbi) ini kena hadiri program-program kefahaman supaya mereka tidak terbabas daripada landasan ditetapkan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Murabbi Ummah 2019 di Putrajaya, hari ini.

Katanya, semua yang menerima tauliah juga diyakini mematuhi panduan yang ditetapkan kerana mereka setiap tahun perlu menghadiri program kefahaman membabitkan tugasan masing-masing.

Konvensyen Murabbi Ummah berlangsung pada 26 hingga 29 September dianjurkan Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi menanam kefahaman golongan murabbi iaitu pengerusi jawatankuasa masjid, imam-imam, guru-guru takmir, guru-guru agama dan pegawai-pegawai takmir.

Konvensyen bertujuan menanam kefahaman golongan sasar tentang konsep rahmah dan gagasan rahmatan lil a’lamin

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 3:04 PM