Kerja mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengesan lelaki warganegara Indonesia, yang dipercayai lemas akibat terjatuh dari kapal di jeti di Lebuh Macullum. NSTP/IHSAN JPBM

Zuhainy Zulkiffli

LELAKI warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada kapal berhampiran jeti di Lebuh Macullum, dekat Georgetown, hari ini.

Pegawai Kanan Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat, Saipul Bahari Abdul Kader berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.21 pagi memaklumkan berhubung insiden itu.

Katanya, maklumat awal mendapati lelaki berkenaan dikenali sebagai Abdul Kalam, berusia 24 tahun.

“Didapati mangsa terjatuh daripada kapal dan kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan.

“Anggota dari unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda turut terbabit dalam operasi SAR berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebuah Pos Kawalan Bomba (PKB) dibuka di lokasi bagi memantau operasi yang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 2:53 PM