FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
BERNAMA

SEMUA penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) masih berjalan seperti biasa walaupun keadaan jerebu melanda bandaraya itu bertambah buruk.

Menurut jurucakap di kaunter pertanyaan LTAK, sehingga jam 12 tengah hari ini, pihaknya belum dimaklumkan mengenai sebarang pembatalan penerbangan.

“Semuanya masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya jerebu bertambah buruk dan menjejaskan jarak penglihatan juruterbang, berkemungkinan ada penerbangan terpaksa dibatal atau ditangguhkan.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman sedikit meningkat berbanding jam 8 pagi manakala Kuching dan Samarahan sedikit menurun, namun masih pada tahap sangat tidak baik.

Berita berkaitan

3 lokasi IPU tidak sihat di Sarawak

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 1:56 PM