Mohd Husni Mohd Noor


KEMENTERIAN Kewangan menegaskan tiada keuntungan diperolehi syarikat insurans melalui pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau mySaIam.

Menterinya Lim Guan Eng berkata, skim perlindungan kesihatan itu adalah satu skim takaful yang bukan bermotif keuntungan yang ditawarkan kerajaan kepada kumpuIan B40 yang layak iaitu 3.8 juta individu.

Beliau berkata, baki premium yang dibayar kepada syarikat takaful yang tidak dituntut dan faedah simpanan yang terkumpul akan dibayar balik sepenuhnya kepada Tabung Amanah mySaIam.

“Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) sudah menjalankan kajian dan penilaian yang menyeluruh untuk memastikan mySalam memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

“Maklumat skim ini boleh didapati dengan mudah melalui laman web mySalam di www.mysalam.com,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Kelmarin artikel di sebuah akhbar mempersoalkan skim mySaIam sebagai ‘Skim Cepat Kaya’.

Artikel tulisan Ab Jalil Backer yang juga Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar) didakwa membuat dakwaan palsu dan secara Iangsung menunjukkan beliau tidak tahu fakta fakta sebenar berkaitan skim itu.

Guan Eng berkata, artikel seperti itu yang berdasarkan fakta palsu dengan tajuk sensasi bertujuan menidakkan manfaat yang dinikmati rakyat daripada skim itu.

Menurutnya, kerajaan prihatin mengenai beban kewangan rakyat terutama ketika kecemasan kesihatan yang tidak dijangka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 11:09 AM