HASIL rekaan Amira yang bertemakan Jalur Gemilang. FOTO Rosela Ismail
HASIL rekaan Amira yang bertemakan Jalur Gemilang. FOTO Rosela Ismail
Ekhwan Haque Fazlul Haque


KEMAHIRAN menjahit dan mereka pakaian yang dikurniakan dikongsi bersama masyarakat untuk menghangatkan sambutan kemerdekaan negara ke-62.

Pereka busana, Amira Nabilah Mohd Amrani, 28, berkata, dia aktif menghasilkan busana bertemakan Jalur Gemilang sejak tiga tahun lalu mengakui orang ramai khususnya kanak-kanak mencari alternatif untuk menonjolkan semangat patriotisme mereka.

Menurutnya, idea diperoleh untuk mereka busana kemerdekaan ini diperoleh hasil daripada pengamatannya menerusi siri animasi kerana mahu menyesuaikan rekaan dengan kehendak kanak-kanak.

“Banyak idea diperoleh daripada rancangan animasi kerana mahu disesuaikan dengan trend terkini kanak-kanak selain mengekalkan rekaan baju moden seperti yang dimahukan pelanggan.

“Majoriti yang menempah pakaian bertemakan Jalur Gemilang ini adalah pelajar sekolah apabila terbabit dalam aktiviti kemerdekaan sepanjang bulan ini kerana mahu menampilkan kelainan.

AMIRA menjahit busana yang bertemakan Jalur Gemilang untuk sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 62. FOTO Rosela Ismail
AMIRA menjahit busana yang bertemakan Jalur Gemilang untuk sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 62. FOTO Rosela Ismail

“Namun, ada juga golongan dewasa yang tidak melepaskan peluang untuk menggayakan busana yang mempunyai elemen dan warna Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di Putra Permai, di sini, semalam.

Tahun ini, busana pendekar dan baju kurung, selain tanjak mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-62.

Amira mengakui permintaan yang tinggi daripada pelanggan menyebabkan dia bersama ibunya Rohani Ahmad, 63, tidak menang tangan memenuhi sehingga 200 tempahan sejak bulan lalu.

“Saya gembira apabila rekaan baju bertemakan Jalur Gemilang digayakan pelanggan, sekali gus merancakkan bulan kemerdekaan dan semangat patriotik dalam disemai dalam diri kanak-kanak.

“Sebagai pereka busana, perasaan puas itu muncul apabila pakaian yang direka dapat direalisasikan penghasilannya, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan,” katanya yang berpengalaman lebih lima tahun sebagai pereka busana.

AMIRA menyiapkan baju rekaannya. FOTO Rosela Ismail
AMIRA menyiapkan baju rekaannya. FOTO Rosela Ismail

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 5:00 AM