Pokok sagu yang tumbang dan menghempap mangsa. FOTO Ihsan PDRM
Pokok sagu yang tumbang dan menghempap mangsa. FOTO Ihsan PDRM
Garret Dawum


WANITA maut selepas ditimpa pokok sagu yang ditebang suaminya dalam kejadian di Kampung Kekan, Dalat semalam.

Kejadian 11 pagi itu mengakibatkan Agnes Tayok, 51, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Dalat Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mangsa bersama suami, Unau Using, 56, sebelum itu ke kebun sagu untuk menebang pokok sagu yang terdapat di tepi sungai kampung mereka.

“Ketika suaminya menebang pokok itu, mangsa bertindak menariknya menggunakan tali untuk mengelak pokok terbabit tumbang ke arah rumah sarang burung berdekatan.

“Bagaimanapun, pokok itu tumbang ke arah mangsa dan dia tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Dalat oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes masih dalam siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 4:40 PM