KUALA LUMPUR 27 JUN 2019. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama watak adiwira MARVEL  selepas Merasmikan MARVEL Studios di Pavilion, Kuala Lumpur. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
KUALA LUMPUR 27 JUN 2019. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama watak adiwira MARVEL selepas Merasmikan MARVEL Studios di Pavilion, Kuala Lumpur. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
Idris Musa


BERSAMA watak adiwira gagah berani, GSC Pavilion melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya melancarkan Pameran Ten Years Of Heroes, Marvel Studios di Kuala Lumpur, hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) Pavilion Kuala Lumpur, Datuk joyce Yap.

Pameran 10 Tahun Adiwira, Marvel Studios berlangsung dari 28 Jun hingga 27 Oktober depan, bagi memberi peluang kepada peminatnya untuk melihat dari dekat watak adiwira terbabit.

Melalui pameran itu, pengunjung dapat mengimbau kembali cerita Marvel Studios yang lalu dan datang dekat dengan kostum dan konsep seni daripada filem terpilih.

Terdapat 10 galeri yang mencatatkan pengembaraan gagah berani adiwira berkenaan.

Watak digemari itu antaranya Iron Man, Capten Amerika, Thor, watak adiwira Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr Strange dan Capten Marvel.

Pameran dianjurkan The Walt Disney Company Asia Tenggara bersama Crave Alive dan Beast Kingdom, dengan kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 9:04 PM