MASZLEE Malik. FOTO arkib NSTP
MASZLEE Malik. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan


KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berhubung usaha pembabitan bidang pendidikan dalam membentuk budaya tidak bertoleransi dengan rasuah.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, KPM amat mengalu-alukan usaha seperti ini dan bersedia untuk memberikan

kerjasama penuh kepada pihak SPRM.

“Pendidikan adalah teras penting dalam mendidik masyarakat mengenai keburukan jenayah rasuah.

“Saya bagi pihak KPM juga ingin menjemput Puan Latheefa Koya ke pejabat bagi mengadakan perbincangan lanjut untuk meneroka pelbagai ruang kerjasama yang boleh dijalinkan ke arah matlamat Malaysia bebas rasuah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Latheefa optimis membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang alah rasuah termasuk dalam bidang pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah.

Menurutnya, hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 9:49 PM