JEMPUTAN ke majlis rumah terbuka yang disiarkan di Facebook. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JEMPUTAN ke majlis rumah terbuka yang disiarkan di Facebook. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Mohd Sabran Md Sani


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Pelangi, tahun ini.

Poster berkaitan jemputan majlis itu pada Hari Raya Kedua, 6 Jun ini dikongsi menerusi Facebook (FB) rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Majlis Rumah Terbuka Istana Johor sempena Sambutan Aidilfitri. Datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka.

“(Pada) Khamis 6 Jun 2019 (Hari Raya Kedua) di Istana Pelangi dari 10 pagi hingga 2 petang,” titah Baginda menerusi posteri jemputan terbabit.

Terdahulu poster Majlis Rumah Terbuka itu memperlihatkan baginda bergambar bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Tahun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, majlis rumah terbuka itu tidak dapat dianjurkan kerana baginda dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati pemergian bonda Sultan Ibrahim, Enche’ Besar Hajah Khalsom pada 1 Jun tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 9:51 PM