Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


TIDAK cukup dimaki hamun, kakitangan kerajaan turut ditampar di hadapan khalayak ramai gara-gara tindakannya menegur seorang lelaki yang menendangnya trolinya dalam kejadian di pasar raya di Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang ketika lelaki berusia 33 tahun menolak troli di hadapan pasar raya untuk membeli barang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek yang datang dari sebelah kanan mangsa tiba-tiba menendang troli lelaki terbabit.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian bertanya mengapa suspek bertindak sedemikian sebelum lelaki terbabit memaki hamun dan memarahi mangsa yang didakwa menghalang laluannya.

“Mangsa menegur suspek supaya menjaga percakapannya tetapi suspek berusia 50-an bertindak menampar pipi kiri mangsa di hadapan khalayak ramai

“Akibat kejadian itu, mangsa menanggung kesakitan di pipi dan bengkak sebelum membuat laporan di Balai Polis Dungun kelmarin untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 2:37 PM