SHAHRIZ (barisan belakang, empat dari kanan)  barisan belakang) bersama juara kategori tangkapan sotong terbanyak pada majlis penyampaian hadiah sempena majlis penutup Karnival Maghi Candat Sotong di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Baharom Bakar.
SHAHRIZ (barisan belakang, empat dari kanan) barisan belakang) bersama juara kategori tangkapan sotong terbanyak pada majlis penyampaian hadiah sempena majlis penutup Karnival Maghi Candat Sotong di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Baharom Bakar.
Baharom Bakar


KEJAYAAN 585 pelancong termasuk 11 peserta dari Singapura menaikkan kira-kira 520 kilogram (kg) sotong dalam tempoh sembilan jam pada Karnival Maghi (mari) Candat Sotong anjuran kerajaan negeri membuktikan perairan Terengganu mempunyai lubuk masih belum diterokai sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Ab Rasid Jusoh, berkata pelancong yang bercadang untuk mencandat sotong tidak perlu hanya tertumpu di perairan Pulau Kapas, sebaliknya semua perairan di negeri ini mempunyai lubuk masih belum diterokai sepenuhnya.

Beliau berkata, hasil kajian dan maklum balas diperoleh tekong bot mendapati kebanyakan pelancong yang bercadang mengikuti aktiviti candat sotong hanya memberi tumpuan untuk mencandat sotong di perairan Pulau Kapas, Marang.

“Ada pelancong meluahkan rasa tidak puas hati dan menyalahkan tekong serta pengusaha bot apabila hasil tangkapan kurang.

“Sebenarnya, selain di perairan Pulau Kapas, beberapa lagi lokasi termasuk di perairan Pulau Bidong, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol dan Pulau Redang dikenal pasti mempunyai lubuk sotong masih belum diterokai sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ab Rasid berkata, pengusaha dan tekong bot yang menawarkan pakej mencandat sotong diminta berusaha memenuhi permintaan pelancong.

“Kerajaan negeri ada menerima aduan pelancong yang mendakwa ada tekong bot enggan memenuhi permintaan untuk memindahkan lokasi tangkapan, terutama selepas mendapati gagal menaikkan hasil tangkapan.

“Sikap itu boleh mencemarkan imej negeri,” katanya.

Sementara itu, 11 peserta mewakili pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor Bahru yang berjaya menaikkan 30.8kg sotong dalam tempoh sembilan jam dinobatkan sebagai juara dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Hadiah kepada peserta disampaikan Penolong Pengarah (Pelancongan), Jabatan Pelancongan negeri, Shahriz Ahmad Laili.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 8:21 PM