KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket (kanan) bersama pegawai kanan polis menunjukan sebahagian daripada dadah jenis ketamin, kanabis, mitragynine dan codien yang akan dilupuskan di pusat pelupusan rampasan dadah di Syarikat Kualiti Alam, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor (IPK) di Johor Bahru. FOTO Zain Ahmed

Ibrahim Isa dan Nurul Amanina Suhaini

PELBAGAI jenis dadah bernilai RM20.61 juta yang dirampas daripada 3,834 kes sejak 2006 hingga tahun lalu, dilupuskan Polis Johor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, selain itu sejak 2006 hingga 16 April lalu seramai 6,663 suspek ditangkap dan sejumlah RM4.93 juta harta disita.

“Pelupusan itu membabitkan 159.07 kilogram (kg) dadah dan 42.30 liter pelbagai jenis dadah yang selesai proses analisis kimia dan proses perundangan mahkamah.

“Dadah yang paling banyak dilupuskan adalah ketamin seberat 116.71 kg, diikuti kanabis (30.95 kg), mitragynine (34.76 liter) dan codien (7.60 liter).

“Semua barang kes dilupuskan di pusat pelupusan rampasan dadah di Syarikat Kualiti Alam, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru, hari ini.

Lukas berkata, Polis Johor komited melaksanakan operasi membanteras sindiket jenayah terancang terutama penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini.

Katanya, proses siasatan tidak terhenti sehingga orang kena tuduh (OKT) dituduh dan dihukum di mahkamah, kerana polis akan pastikan semua dadah yang dirampas berjaya dilupus dan dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sekiranya tidak dirampas, kesemua jumlah dadah berkenaan dipercayai mampu menampung bekalan kepada kira-kira 100,000 penagih di negeri ini.

“Komitmen dan usaha berterusan ini dilakukan bagi memastikan setiap dadah yang dirampas berjaya dilupus,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 11:39 AM